Sabtu, 30 Jun 2018

Kagum kat kereta pon ada iklan

Salam semua,

Kereta Grab ada iklan Pepsi >

Rasa HEBAT.. Iklan pada kereta

Tertarik dengan kereta yang parking depan gerai, menarik kereta tu ada iklan " pepsi " zero kalori.. Waa ni sangat jarang tengok kereta ada iklan begini.. Waa jadi batak sikit..  Biasa jadi blogger tengok iklan kat blog kan? Ni iklan bergerak beb..  Kereta tu bergerak kat jalan, iklan jalan beb.. Masyukk..  Kat jalan banyak kereta kan, ni nak cerita ni, belum pejalan kaki lagi tengok..  Iklan lagi beb.. Kat blog pasang iklan juga tapi tak masyukk sangat.

Tanya brader tu..  Pasang iklan kat kereta income berapa sebulan? 
400 der.. Waa pon mau, iklan kat blog setahun tak dapat banyak tu.. Tapi korang jangan suka dulu, ada syarat dia.. Kereta yang aktif la ia bergerak kesana kesini, sesuai la kereta uber grab atau teksi.. Bas pun tengok ada je yang pasang. Kalau kereta pribadi duk parking kat rumah dapat income.. Wa pun nak join..  Ada?  Ada?..


Mesti ada pengesan supaya kereta tu dipastikan bergerak je, Jadi solusinya terbantut la hasrat saya mau pasang iklan kat kereta, jadi smart wo kereta itu.. Kesal! Pasang iklan di blog kena naikkan trafik baru dapat pendapatan yang lumayan juga la. Tapi takde la terkejar jalan kesana kemari, atas jalan raya.. Bahaya.

Pandai rebut peluang mesti ada ganjaran.. Siapa yang sudi nak beriklan tu..  Contact 2 la.. Saya hulur sepuluh jari kkkk.

Thank sudi baca entri kedua saya

Label:

Bosan pagi ni saya layan batang buruk

Salam semua,

Buat blog baru hari ini,  diarimy.. Blog khas untuk saya menulis bebas melalui fikiran saya serta kehidupan dan cerita peribadi yang tidak sangat mengikut niche dan tajuk blog. Pagi nak masuk kerja cuaca mendung suhu dan cuaca pun sejuk je.. Nak pos luahan kat fb takut orang gelak, kat sini nak luah takde sape yang nak baca.. Ok la,  saya pemalu orangnya.. Belanja gambar suasana mendung di gerai kerepek. Opps ada kemalangan la.

- 08.30am - Pagi pagi dah ada motorsikal kemalangan dekat seberang jalan depan gerai, alhamdulillah mangsa luka ringan je.. Jatuh sendiri sebab jalan raya tak rata dan licin.. Nasib takde kenderaan besar.

Suasana dalam gerai..  Gelap >


Pembeli kurang pada waktu pagi, tapi bila waktu petang insyaallah ramai, kebiasaan hari hujung minggu je ramai orang, waktu hari bekerja gerai sepi, jalan raya pun sepi.. Itulah nasib biasa meniaga tepi jalan. Tengah lapang ni buat la kerja apa patut, pakaging kerepek buat tampung sampai petang ni ke.

Pakaging kerepek setengah kilo >


Sekejap je nak pakaging banyak ni, tak sampai setengah jam. Kerepek ni tak boleh pakaging banyak sangat, satu sebab takut tak laku, kedua nanti mudah tengik, ketiga pula kos plastik meningkat.  Plastik dah mahal, gst 0% tapi harga plastik tak turun harga.

Pikir apa nak buat tajuk blog ni, jika blog yang berniche ni senang sikit nak bagi tajuk entri..  Senang la..  Cakap senang, tapi blog ni bebas.. Suka hati nak letak tajuk apa kan..  Tapi takkan nak buat tajuk lari dari isi entri kan..  Tak kena la pulak.

Mod raya.. Dah habis kot,  takde sape jemput rumah terbuka lagi setakat hari ni.. Rumah saudara tak habis beraya lagi ni.. Ahh bosan layan batang buruk jap.

Gambar batang buruk nak hadam >


*01/07/2018 - waktu pagi masa bosan layan batang buruk hilang bosan.entri pertama woww.. Sejarah tercipta takde sapa baca.

Tajuk entri apa yea..  Bantai je la.. " Bosan pagi ni saya dah layan batang buruk " ok tak tajuk entri pertama dan terbaru ni,  haha layan.

- 10.40am - customer pertama datang beli air karbonat botol set 12, murah la murah je jual Ringgit Malaysia 17 sahaja.

- 11.15am - Consigment sambal jawa ambil duit, barang orang kena la bayar kan.. kalau nak letak barang cara consigment boleh je, tak dikenakan kos.. tapi kalau barang tak laku ambil la balik.

Thank sudi baca entri pertama saya.

Label: