Ahad, 5 Ogos 2018

Hari ini punya kerja goreng keropok roda dal ikan

Salam semua, hari ini kerja mengoreng keropok roda, keropok dal, keropok ikan.
Esok nak membawang pula buat kerepek bawang yang rangup dan sedap.

Label:

Sarapan pagi banyak sangat sampai kekenyangan

Salam semua,

Dah sarapan pagi ke belum, saya baru lepas sarapan ni, hari ni nak mengoreng kena makan banyak sikit.. Nak goreng keropok roda, keropok dal, keropok ikan ha banyak kan..  Erkkk kekenyangan la pula..  Nanti ngantuk haha

Label:

Tak tau nak Post apa, gelak je la hahaha

Salam semua,

Selamat pagi dan salam sejahtera semua, hari ni tak tau nak Post blog entri apa..  Gelak je la hahahaha

Label:

Nasi Lemak Di Nasi Kandar Perlis Sungai Besar

Salam semua,

Kalau nak sarapan sedap nasi lemak boleh saya syorkan satu tempat ni
Nasi Lemak Di Nasi Kandar Perlis Sungai Besar

Label:

Buah durian lagi sedap

Belanja gambar buah durian

Label:

Sabtu, 4 Ogos 2018

Pelik blog baru diarimy dah dapat sitelink

Salam semua,

Dah lama tak update blog diari kehidupan sebab sibuk layan blog dan kemaskini laman www.inamurni.com sebab saya admin bagi blog tersebut, dah lama saya search la google dengan keyword diarimy, terkejut saya blog ini sudah ada sitelink. Yang saya hairan macam mana blog yang setahun jagung ni sudah dapat sitelink tapi blog yang dah lama saya usahakan tak dapat apa apa lagi. PELik.

Gambaran depan Diarimy >


Thank sudi baca diari saya yang ke empat puluh tiga ( 43 )

Label:

Khamis, 26 Julai 2018

Beli telur ayam kat Tf Sungai Besar

Salam semua,


Rutin cari bahan mentah, antaranya telur adalah bahan penting nak buat kuih bahulu, kuih loyang, rempeyek, kuih Kapit Dan hari hari pekerja membuatnya.  Jadi bahan mentah seperti telur memang wajib ada. Selalu juga perhatikan harga telur yang tak menentu sekarang ni, sekejap naik lepas itu turun.  Ni dapat harga RM9.20 sepapan, ok la boleh la  meniaga untung sikit.

Thanks sudi baca entri ke empat puluh dua ( 42 )

Label:

Rabu, 25 Julai 2018

Hari ni orang belanja roti canai

Salam semua,


Pagi ni nak Carita, macam biasa nak masuk kerja saya sarapan la kat restoran kecik Pekan Selasa, biasa saya duduk jauh jauh dan asing.. Kali ini join la group orang kampung, bagi salam makan roti canai sekali kat situ.  Dah kenyang saya nak Bayar,  kata tokey tu dah bayar..  Ada orang yang duduk semeja dengan saya dia bayarkan.  Alhamdullah rezeki saya hari ni.

Thank sudi baca entri ke empat puluh satu ( 41 )

Label:

Isnin, 23 Julai 2018

Sedapnya bubur durian ni

Salam semua,

Saya masih teringat dan mulut ini dibasahi bubur durian yang enak, buat cicah dengan roti pon sedap, Ada yang makan dengan pulut.. Sekarang ni musim buah durian,  harga durian dah murah..  Boleh la buat bubur,  Ada yang suka buat bubur kacang hijau campur durian.. Memang layan lentok la nak makan ni.  Jom makan.

Bubur durian kesukaan ku >

Thank sudi baca entri ke empat puluh ( 40 )

Label:

Saja belajar buat poster maker

Salam semua,

Sudah tak ligat nak updated blog, saya sekarang layan buat banner di App Android..  Percubaan pertama,  boleh la tahan,  nanti nak upgrade bagi lagi cun dan menarik.

Contoh banner yang saya edit >


Thank sudi baca entri yang ke tiga puluh sembilan ( 39 )

Label:

Sabtu, 21 Julai 2018

Permulaan Hari Ada Nasi Lemak Sotong Kerang

Salam semua,

Sudah lama tak bersiaran, pagi Hari minggu ni hujan gerimis, sejuk dan apalagi cari sarapan nasi lemak special sotong campur kerang..  Harga dia cuma RM 3 Sahaja, murahkan. Kat mana nak dapat nasi lemak murah macam ni, hanya di Peket 60 sahaja. Jom makan

++ Nasi lemak kerang sotong

Thank sudi baca entri saya yang ke tiga puluh lapan ( 38 )

Label:

Jumaat, 20 Julai 2018

Nak cari semangat blog yang hilang

Salam semua,

Sudah lama tak menulis di blog ini, orang kata nak istiqamah ni payah, macam kisah saya la ni.. tanam pokok sayur kat depan rumah, time semangat.. hari hari duk belek sayur tanaman, sekarang dah terkulai layu huhu.. macam blog ni kalau ditingalkan tak seteruk tanaman atau sayuran kan, tak perlu dibaja atau disiram.

Tapi nak menulis dan buat entri terbaik perlu mod yang baik

++ belanja gambar lotong

Boleh la chat yea

Thank sudi baca entri saya yang ke tiga puluh tujuh ( 37 )

Label:

Selasa, 17 Julai 2018

Pergi pasar malam Sg Besar

Salam semua,

Dah lama juga tak update blog ni,  lebih nak dekat seminggu terabai, hari ni saya berkesempatan pergi pasar malam Sg Besar, cari makan untuk makan malam.. Tapi takde yang spesial apa kat sini..  Makanan biasa biasa je.


Mula masuk pasar dah ada yang jual buah durian.. Nama je pasar malam,  pukul 8 peniaga dah mula nak gulung khemah.

Saja nak test kotak ni..  Macam best je.

Klik la :


thank sudi baca entri ke tiga puluh enam saya ( 36 )

Label:

Rabu, 11 Julai 2018

Pagi hari cari buah durian

Salam semua,

Pagi pagi lagi dah tengok pokok durian, untung nasib ada buah durian yang gugur hari ni, buah kat atas pokok lebat lebat belaka..  Kebiasaan pagi macam ni mesti ada buah yang gugur.. Tapi takde la pulak, mesti ada yang lebih dulu dari kita ni. Takpe la dah takde rezeki nak buat macam mana. Pokok durian pula tepi jalan raya je, memang nasib yang lalu kalau nampak ambik.. Haishh.

Bawah Pokok Durian >

Permandangan Tepi Jalan >

Thank sudi baca entri yang tiga puluh tiga

Label:

Selasa, 10 Julai 2018

Tengok rakan buat kuih loyang / ros

Salam semua,

Kenal kuih loyang tak, ada yang gelar kuih ros.. Kuih tradisi yang mengunakan acu loyang.. Ada yang gelar kuih goyang. Kuih dengan rasa manis dan rangup ni sedap tau, kalau nak order dengan kami untuk majlis kenduri boleh la info kat komen ni. Kuih loyang ni rakan sekerja yang buat, saya tengok je diorang mengoreng.

++ Goreng kuih loyang aka ros

Saya hari ni kerja mengoreng keropok roda perisa ayam.. Kanak kanak sukakan keropok roda ni. Rata rata memang suka keropok roda sebab ia berperisa sedikit.. Kalau kenduri ramai yang order keropok roda sebab ia ringan dan nampak banyak. Harga sekilo RM13 tapi boleh isi dalam banyak balang.. Kelemahan keropok roda ni sangat mudah lemau, jadi kena paatikan bekas yang kedap udara la yea.

Thank sudi baca diari saya yang ke tiga puluh dua ( 32 )

Label:

Makan tengahari saya hari ni

Salam semua,

Layan dulu makan nasi >

++ Nasi berlaukkan kari ayam dan bendi

Macam ni la makan tengahari saya kalau jaga gerai, makanan bungkus, nasi lauk kari ayam dengan sayur bendi, ditambah dengan sambal belacan.. tapi tukar tukar la bukan lauk yang sama.. Alhamdulillah syukur nikmat.. sedap sangat sampai lupa asal usul saya haha.. Dikirim lagi siap air teh o ais.. aishh berenti layan blog sekejap.. Tadi tengok blog diarimy ni.. Edit apa yang patut.. Nak bagi lebih clean dan kalau boleh seringkas yang mungkin. Lagi boleh nak ringan dan juga senang loading.. Fast loading kata orang putih.. Berat target  blog hanya 1.1kb je.. Widget yang berat nak buang.. Kalau boleh simple clean. Saya suka template blog ni.. Menarik.. Tapi belum tahap template amp. 

Template blog ni sangat sesuai dengan blog pribadi.. rasa dah taknak tukar dah template lain.. Yang ini je sesuai dengan jiwa hati nurani saya.

Thank sudi baca entri yang dua puluh lapan ( 28 )

Label:

Isnin, 9 Julai 2018

Pagi pergi pasar awam Sg Besar

Salam semua,

Suasana dalam pasar awam Sg besar >

++ Dalam Pasar Awam Sungai Besar

Pagi sebelum gerak nak pergi kerja, saya pergi pasar awam Sg Besar dulu belanja cari lauk.. Kat sini ikan dan sayur dia murah murah dan juga segar, suasana lapang sikit berbanding kalau hujung minggu dan juga musim cuti..  Kalau nak beli ikan dan sayur kat sini saya memilih hari waktu bekerja.. Takde la sesak sangat dan harga dia juga berpatutan. Nak belanja basah dan kering pun ada kat pasar awam Sg Besar ni.

Tempat nak cari sarapan pagi >

++ Kalau nak cari sarapan pagi kat sini

Nak cari sarapan pun ada, roti canai, kuih muih pelbagai jenis, nasi lemak, air minuman.. Saya beli ikan tongkol anak baru RM7 selonggok.. Beli ikan kembung RM10 sekilo, masa murah ia murah.. Bila time mahal? Pergi pasar kat sini pun seminggu dua kali je, makan berdua dan ada anak sorang masih kecik lagi.. Tak kuat makan sangat. Kedai makan terdekat kat sini Restoran Hati..  Dekat je depan pasar awam ni.

Dari sudut jalan nak ke pasar >

++ Suasana pagi lagi waktu ni

Kat kawasan pasar awam ni banyak betul kucing, mesti ramai yang buang kucing kat sini, agaknya kat pasar ni banyak ikan.. Jadi ramailah orang buang kucing kat sini.. Jadi siapa teringin nak kucing tu datang la kat sini tangkap sekor haha..

Entri melalut..  Thank sudi baca entri saya yang ke dua puluh enam ( 26 )

Label:

Ahad, 8 Julai 2018

Restoran Sri Kassim dah cantik dah

Salam semua,

Pada malam ituhari lapar dan teringin sangat nak makan mee goreng mamak, yea la dah lama tak makan mee kan.. Kawasan Sg Besar ni banyak juga lokasi restoran mamak ni kalau nak tau.. Dah lama tak singgah Restoran Sri Kassim tu.. Sekali tengok dah berubah 100 peratus.. Ruang tertutup dan dalaman berhawa dingin.. Fuyoo ada aircond la.. Pasti geng merokok dah tak boleh masuk kat dalam, tapi disediakan juga meja dan kerusi kat luar bagi yang kaki merokok dan lepak.. Ok la kan.

Mee goreng mamak Sg Besar >

++ Rasailah mee goreng mamak

Tak berapa nak pedas, banyak kicap.. Bagi rasa skala 70/100 haha.. kalau nak pedas kena cakap mee goreng kasi pedas ha.. boleh la, siap bagi sos cili.

Teh ais dan suasana restoran >

++ Rasailah teh ais Sri Kassim

Sejuk dalam ni, sejak ada penghawa dingin ni, siap ada tv besar..  Dekorasi belum siap sepenuhnya.. meja kerusi semua baru, Akan datang nak tengok kalau dah siap nanti.

Luaran Restoran Sri Kassim >

++ Cantik pokok ni

Siap ada hiasan luaran, pokok apa ni?  Bonzai agaknya.. kerusi untuk hisap rokok pun ada, bagus la untuk keluarga makan kat sini, selesa.

Thank sudi baca entri ngarut yang ke dua puluh empat..  ( 24 )

Label:

Jamuan raya rumah makcik buat barbequ

Salam semua,

Hari ini makcik buat majlis rumah terbuka hari raya, semua sanak saudara datang.. Kita bakar bakar malam ni, kambing, ayam, campur ikan sungai yang dapat dikail di Perak ituhari. Petang dah mula start membakar.. perapan dah dimulai dari tengahari, layan gambar atas bara api diatas grill.


Baru mula memanggang

kuih muih disediakan.. cara berlauk pun ada

Api dah mula merebak

Kemeriahan bakar ramai ramai malam ni

Lagi gambar barbequ

Kena kawal api nanti takut hanggus

Ni gambar petang tadi

Bakar bang jangan tak bakar

Suasana di perkarangan rumah

Itulah sedikit gambaran suasana rumah terbuka makcik saya.. buat kecik kecik je, jemput rakan sekerja dengan kawan dan saudara.. thank sudi baca entri yang ke dua puluh tiga

Label:

Sabtu, 7 Julai 2018

Selamat pagi hujung minggu syawal

Salam semua,

Sarapan dulu sebelum update blog >

nasi goreng isteri saya masak

Selamat pagi semua, dah sarapan ke belum.. Saya sarapan pagi ni nasi goreng bersama ikan, isteri yang masak dan bekalkan..sedap sangat, Sayang isteri saya, hari ni dah hujung minggu bulan syawal.. Dikesempatan ini ingin memohon maaf pada semua yang mengenali diri ini, dan juga yang tidak dikenali termasuk para blogger semua.

Dah sarapan pakagging kerepek >

Pakagging kerepek untuk hari ni

Hari ni saya pakagging kerepek untuk hari ahad.. Tak banyak pun. Yang saya baru pakagging seperti keropok kon perisa bbq, kerepek keledek unggu, kerepek ubi masin ori, kerepek sukun, kerepek pisang abu.. Cukuplah untuk jualan hujung minggu. Sedap sedap semua kerepek ni,  saya dah rasa. Itu je mod saya menulis hari ni, entahlah idea menulis kena sorok dimana?

Thank sudi baca entri saya yang ke dua puluh dua

Label: