Selasa, 7 Ogos 2018

Charkueytiaw udang bersama teh tarik

Siapa suka makan charkuetiaw udang kita geng

Label:

Jagung bakar makanan feberet saya juga

Jagung bakarrrr

Label:

Tentang apa itu aiskrim dari sumber dari wikipedia

Tentang aiskrim sumber dari wikipedia


Tentang Aiskrim :

Aiskrim adalah sejenis makanan beku dibuat dari hasil tenusu seperti krim, digabungkan dengan perasa dan pemanis. Campuran ini didinginkan dengan mengacau sambil dikurangkan suhunya untuk mencegah pembentukan kristal ais besar.

Hasil Aiskrim Pelbagai Jenis :

Aiskrim adalah sejenis makanan beku dibuat dari hasil tenusu seperti krim (atau sejenisnya), digabungkan dengan perasa dan pemanis. Campuran ini didinginkan dengan mengacau sambil dikurangkan suhunya untuk mencegah pembentukan kristal ais besar. Secara tradisi, suhu dikurangkan dengan meletakkan campuran aiskrim ke sebuah bekas yang dimasukkan ke dalam campuran ketulan ais dan garam yang dapat berada di bawah titik beku air tulen.

Sumber : wikipedia

Label:

Isnin, 6 Ogos 2018

Motor apakah ini adakah model vespa

Salam semua,

Korang tau tak motor model apakah ini,  biasa vespa lampu kat atas hendal bar..  Tapi model ini lampunya ditengah.

Label:

Ahad, 5 Ogos 2018

Cempedak Goreng Ala Biasa Tapi Bau Dia Power Nak Khabar Habak Hang

Salam semua,

Uihh cempedak goreng, siapa yang tak suka kan..  Dia punya bau menusuk hidung kalbu,  rasa dia usah cakap la..  Memang sedap dan terbaiklah..  Ini guna bancuhan tepung gandum je..  Liat sikit kalau nak rangup campur tepung beras sikit baru aumm.

Label:

Marilah like facebook dan juga laman sosial kami yang lain

Salam semua,

Dalam perniagaan ini perlu juga laman sosial untuk memudahkan perhubungan antara peniaga dan juga penguna. Setakat ini selama 3 tahun buka akaun facebook inamurni baru mendapat like sebanyak 594 jauh dari sasaran kami sebanyak 1000 like untuk 3 tahun.

Label:

Makan maggi ni tak boleh diamalkan selalu bawa mudarat

Salam semua,

Sekali sekala makan Maggi apa salahnya,  tapi tak elok amal tiap hari, orang kata ada lilin la..  Dan bahan perasa dia kuat banget..  Kalau teringin apa salahnya..

Label:

Agar agar kering ni cantik warna warni dan ohhsemm

Salam semua,

Jika anda suka manisan, muka Manis, mesti la cuba agar agar kering ni..  Baru la hidup anda ceria...  Cepat cepat sebelum kehabisan stok..  Rugi kalau habis ni

Label:

Susahnya nak cari ilham menulis dalam blog diari ini

Salam semua,

Macam mana nak cari idea menulis blog? ikut hati rasa nak merapu je ni, idea hilang entah kemana.. mod swing lari tak tentu hala.. dah saya bosan.

Label:

Khamis, 12 Julai 2018

Kuih loyang yang siap pakaging

Salam semua,

Kalau korang nak kuih loyang untuk jualan boleh tempah dengan kami, kuih loyang sudah siap di pek macam ni harga jualan 3 peket RM10 je, kalau harga borong boleh bagi lagi diskaun.

Gambar Kuih Loyang Kami >

++ kuih loyang untuk jualan

Thank sudi baca entri yang ke tiga puluh lima


Label:

Saja nak test kotak resepi blog

Salam semua,

Gambal bawah ni makanan orang jawa dulu dulu, tiwul dari ubi kayu..




Resepi Makanan Jawa Tradisi

Bahan 
Jumlah
Sukatan
Penne pasta
8
oz
1
lb
Olive oil
1
tbsp
2
tbsp
Sliced zucchini
1/2
cup
1
cup
Cooked, shredded chicken
1/2
cup
1
cup
Garlic cloves
4
----
8
----
Tomatoes
1/2
cup
1
cup
Fresh basil
1
tbsp
2
tbsp
Parmesan cheese
3
tbsp
6
tbsp


Bahan diatas tidak benar.. cuma nak test.. macam best je kotak resepi ni. Thank sudi baca entri yang ke tiga puluh empat

Label:

Selasa, 10 Julai 2018

Pesta buah buahan di felda 2018

Salam semua,

Durian lagi, tak habis lagi pesta buah dan kali ini anjuran felda, tapi bayaran masuk boleh dikatakan mahal la pula RM40.

Lihat butiran lanjut >
++ Pesta buah buahan 2018

Entri yang ke tiga puluh satu ( 31 )

Label:

Siapa suka makan petai kita geng

Salam semua,

Petai, siapa yang tidak kenal petai, sedap dibuat ulam atau dimasak.. Bila ada petai makan pun jadi selera, nasi di tambah sampai tiga pingan.. tambah lagi.. Cicah sambal belacan dengan petai.. Layan..  Buat sambal udang petai lagi la sedap..  Tumis petai ikan bilis bertambah la enaknya, apa yang berkaitan dengan petai kalau bab makan semuanya sedap.. Sampai dibuat jeruk petai lagi, makan dengan sambal tumis tempoyak.. Perghh lagi layan.. Jadi ada orang kata petai boleh buat ubat. Macam macam kegunaan petai ni.

Gambar petai yang sedap sangat >

++ Banyaknya petai - Gila petai

Ada orang suka petai muda, macam yang dalam gambar.. Ada yang suka makan petai dengan kulitnya sekali.. Ada juga yang suka makan petai yang sudah tua.. Isi petai sudah sampai berwarna kuning keemasan.. Orang yang suka makan petai ni mulutnya busuk.. Tapi hati baik, bukan busuk mulut kuat mengata orang yea.. Mulut berbau, kalau lepas makan petai pergi solat jemaah kat surau boleh jadi makruh sebab menganggu jemaah lain.

Tapi bab itu satu hal, bila nak buang air kecil,  ha yang ni parah..  Satu bilik air bau hancing petai.. Kuat bau petai ni sampai menusuk hidung kalbu.. Jadi yang suka makan petai tu..  Sedia la bilik air bau petai..  Petai tak kuat lagi..  Kalau kerdas dengan jering tua lagi power. Dapat petai banyak macam dalam gambar ni, nak masak dan buat apa korang?

Thank sudi baca entri saya yang ke tiga puluh ( 30 )

Label:

1 tan makan durian sampai kenyang

Salam Semua,

Lihat gambar lebih detail >

++ Satu tan durian disediakan

Durian lagi, siapa yang gila durian dan juga suka makan durian boleh datang kat sini,  dikhabarkan disediakan durian sebanyak satu tan..  Wow..  Betul ke ni?  Kalau betul la durian ada banyak itu,  masak semua boleh makan.. berbaloi bayar RM15.00 satu kepala.. Jangan jadi yang isu itu hari.. Dah bayar nak makan buah durian.. Tapi buah durian itu pula mentah, kecewa la para pecinta buah durian.

Nak pergi jauh la pulak..

= Detail dibawah =

Satu tan durian disediakan
Makan durian sampai kenyang
Gerai buah buahan juga ada
Cendol pulut dan lain-lain

Bayaran Masuk :
- Dewasa RM15.00
- Kanak Kanak RM10.00

Tarikh :
- 14 Julai 2018 Sabtu
Masa :
- 11 Pagi = 5 Petang
Tempat :
- Sk Kg Repoh, Baru Kurau Perak

Sila Hubungi :
- Hanif 012-8225277
- Azmi 019-5001703
- Syafaat 017-5598897

Thank sudi baca entri saya yang ke dua puluh sembilan ( 29 )

Label:

Isnin, 9 Julai 2018

Menjadi tanaman pakcik saya

Salam semua,

Tengok pokok tanaman rasa tenang je hati, lebih lagi orang yang suka tanaman kat laman rumah, gambar kat sini pakcik saya yang tanam.. Bukan calang calang pokok buahan yang dia tanam, pokok tin dan bidara, bukan senang nak jaga jenis pokok macam ni.. Tapi pakcik saya rajin google tengok cara macam mana nak tanam, pembajaan dan jagaan dia kena rajin la, alhamdulillah dah berbuah dan dapat hasil, dah boleh makan pon.. Merasa la juga buahnya.

Pohon Buah Tin >
++ Sampai merekah kemerahan

Pohon buah bidara >

++ Dah macam epalkan

Buah bidara ni banyak khasiat dia, boleh makan begitu sahaja atau buat jeruk, dah macam rupa buah epalkan, tengok buah ni dah rasa geram.. rasa nak makan sekarang.

Thank sudi baca entri ke dua puluh tujuh ( 27 )

Label:

Ahad, 8 Julai 2018

Cara mudah kirim duit ke Indonesia

Salam semua,

Cara mudah nak kirim duit ke Indonesia - Perkhidmatan itu diberi nama Remittance Via Bri melalui Bsn, ia buat satu kemudahan dan juga perkhidmatan kiriman duit serta deposit duit dari Malaysia ke bank Bri Indonesia secara mudah dengan cas perkhidmatan yang berpatutan. Jadi senang la nak kirim duit ke, beli barang atau online dari pihak sana.

Screen dari web BSN Malaysia >

++ Paparan dari web BSN Malaysia

Keistimewaan mengunakan BSN Remittance

- Online real time - duit yang dikirim terus masuk ke akaun tanpa perlu menunggu sampai 2 atau 3 hari.

- Selamat dan dijamin serta diterima terus ke akaun BRI Indonesia secara terus.

- Mudah dan cepat - Cawangan BSN di lebih 369 cawangan terus ke cawangan BRI di lebih 6000 cawangan di Indonesia.

Tapi perkhidmatan kirim duit mesti ada cas,  cas dia kalau ikut laman BSN ialah :

- RM2500 kebawah dikenakan cas sebanyak RM10.

- RM2500 hinga RM20,000 dikenakan cas sebanyak RM15. Ok la tu.

Thank sudi baca entri saya yang ke dua puluh lima ( 25 )

Label:

Sabtu, 7 Julai 2018

Iklan bahasa cina la pulak

Salam semua,

Siapa blogger kat sini yang pasang iklan di blog, tentu ramaikan.. Tapi kali ni saya tengok iklan di google bahasa cina.. Yang peliknya kenapa perlu berbahasa cina sedangkan target blog saya berbahasa melayu.. Adakah pengunjung blog saya kebanyakan berbangsa cina? Saya tidak rasis cuma pelik je.. Yang ditakuti ialah kefahaman kita tentang iklan itu.. Seruan apa? Iklan tentang apa?  Promosi apa? Produk apa? Kebanyakan entri saya berbahasa melayu.

Iklan berbahasa cina >

siapa boleh tolong translate

Boleh je setting di dashbord untuk menidakkan iklan ni keluar.. Pasang iklan pon secara automatik kan, kena cari balik iklan yang kita ingin sekat tadi tu. Risau la iklan yang kita tidak faham ni.. Kalau kita faham bahasa yang digunakan ia tidak la jadi masaalah bagi saya.

Thank sudi baca entri ke dua puluh satu

Label:

Jual mentarang segar tepi jalan area sekinchan

Salam semua,

Jual mentarang segar tepi jalan besar boleh tahan juga larisnya, apa itu mentarang?  Sejenis hidupan laut yang bercengkerang dan habitatnya dalam lumpur. Korang ingat senang cari mentarang ni..  Saya pernah sekali cari mentarang di Pantai Remis Jeram Selangor dengan kawan karib. Nak cari dia kena tunggu air surut.. Jalan perlahan merangkak kat selut, mentarang ni ada lubuk dia, kalau yang dah pro tu tau la keadaan lubuk mentarang macam mana. Nak seluk lubang lumpur punya la dalam dan juga kena pakai sarung tangan sebab ia tajam. Nak tarik mentarang pun satu hal juga.. Kuat sangat pegang pecah,  kena slow slow tarik. Lagi satu ia berbucu yang tajam kat atas,  tu yang kena hati hati.

Gerai jual mentarang segar >

Orang singgah beli mentarang

Kalau korang datang kesini dari area Sg Besar ke Sekinchan banyak kedai gerai makanan yang menjual mentarang bakar,  yang segar pon ada juga.. Tapi mengikut musim, kadangkala mentarang ni banyak dan ada masa sukar untuk dicari dan ia mengikut keadaan air laut. Kalau nak ternak rasanya tak ada lagi yang boleh menternak mentarang ni. Kalau korang berminat nak rasa keenakan mentarang datang la sini yea.

Nak masak apa dengan mentarang? 
- Rebus cengitu campur serai pon sodap
- Goreng tumis pon enak
- Masak tomyam pon layan
- Dibakar pon lazat


Ikut selera masing masing la yea.. Harga terkini yang saya tanya tadi RM18 sekilo,  boleh tahan juga harganya.. Tak sanggup bayar hang gagau dan korek sendiri la yea kat lumpur..  Hang sanggup?

Thank sudi baca cerita saya yang ke lapan belas..  18 entri bulan 18sx tau

Label:

Rabu, 4 Julai 2018

Ikan mabuk apa lagi sauk la

Salam semua,

Gambar ikan yang berjaya disauk >

ikan yang berjaya ditangkap

Di whatsapp group family share mereka tengah sauk atau tangguk ikan yang mabuk, Pernah dengar ikan mabuk? Ikan akan pening dan timbul ke atas permukaan air disebabkan kocakan. Kebiasaan adalah akibat kerja di bendang dan sawah selain dari itu kapal korek yang membesarkan parit parit. Cerita masa saya kecik dulu berkubang kat parit ramai ramai sampai ikan semua lari haha.

Sauk ikan kat jambatan usang >

Jambatan usang yang teguh berdiri

Masa ni la terbaik kalau nak tangkap ikan, guna sauk, jala nak menggagau pakai tangan pon boleh juga, jangan nak mancing ikan masa ni.. Gerenti ikan taknak makan umpan punya sebab dah pening.. Selepas pening ikan mesti lapar kan hmm. Banyak la juga diorang sauk ikan ni..  Lepas la lauk untuk hari ni..  Buat ikan pekasam pon sodap.

Kapal korek ni punya angkara >


Thank sudi baca entri keduabelas saya

Label:

Selasa, 3 Julai 2018

Cerita memang saya gila buah durian

Salam semua,

Siapa kat sini tak suka buah durian, kalau saya hantu buah durian.. Sebut je kalau bahan itu diperbuat dari durian semua saya makan,  tempoyak salah satu makanan feberet saya.. Lagilah sedap dibuat gulai tempoyak ikan patin memang tak toleh kiri kanan dah. Selain tu macam cendol durian, aiskrim durian, jajan perisa durian pun ada. Tapi isteri dengan anak tak suka buah durian.. Untung la saya makan buah durian sorang haha.

Cerita durian kat sekolah asrama >


Saya dulu sekolah menengah agama di kg awah, duk asrama masa tu, memang dikelilingi pokok durian,  musim durian la dok menanti habuan masing masing.. Kat asrama kan ramai pelajar dan kesemuanya minat gila durian.. Jadi masing masing ikut konsep siapa cepat dia dapat.. Bersaing cara sihat, kalau dah jumpa sebiji.. Buah tu kena sorok, ikut logik akal, bayangkan mana cukup sebiji nak kongsi ramai ramai, kan nanti kecik hati kawan lain yang tak dapat tu.. Operasi sorok buah durian bukan senang, sebab buah durian itu mengeluarkan bau,  macam mana kita orang sorok buah durian? haha dalam perut la.. Tak sempat nak sorok dah.. Jadi ikut kelompok group n de gang mana..  Rakan komplot makan durian terdiri dari 5 ke 10 orang rakan, mengikut banyak mana ulas tu..  Merasa la seulas sorang tapi puas sebab berpanjangan musim durian kami merasa dapat makan buah durian.
Semalam punya cerita dapat durian kulit dia kuning sangat.. Macam durian dah diperam.. Layan yea saya makan buah durian.

Thank sudi baca entri kesembilan saya

Label: