Saya mula nak buat kerepek bawang
Salam semua,
Mula mengadun bahan >
Bahan bahagian putih
Dah mula nak buat kerepek bawang, yang pertama tepung gandum 25 kilo seguni dibahagi 2 bahagian.. Nak buat kerepek bawang ni seguni je.. Tak larat dah nak buat banyak..Satu bahagian 14 kilo dan satu bahagian tepung lagi 11 kilo.. Jadi dua bahagian tepung gandum, satu putih dan satu lagi merah.
Tepung yang 14 kilo tadi jadi bahagian putih, bahan dia ringkas je, air 2 botol setengah, garam setengah peket, minyak masak sekilo.. Lalu adun kat mesin kat bawah ni sampai sebati.. Yang ini pengalaman memainkan peranan penting.. Kalau terlembik melekat dan kalau seroi susah pula nak melempeng kat mesin.
Mengadun bahan merah >
Mengadun bahagian merah
Tepung yang 11 kilo tadi untuk bahan merah, bahan untuk bumbu dia banyak sikit seperti. Kena gaul sebati dengan bahan dibawah ni.
- Bawang merah
- Ikan bilis
- Serbuk kari
- Serbuk Cili
- Garam
- Gula
- Ajinomoto
- Air
Berat bahan bumbu jangan lebih dari 7 kilo takut bancuhan merah nanti lembik, jaga jaga sukatan air.
Proses melempeng >
Mesin untuk melempeng
Sudah proses mengaul kena pula melempeng tepung tadi menjadi canai nipis, la ni susah nak buat, kena ada pengalaman yang banyak teknik melempeng yang betul, silap haribulan tak jadi seperti kain bertebaran.
Teknik memotong ikut acu >
empat segi dan potong cantik
Melempeng yang putih dulu siap acu empat segi disusuli dengan merah.. Susun selang seli antara putih dan merah dan selepas itu proses gabung keduanya menjadi satu bahagian.. Faham tak ni, kan dah pening cara prosesnya yang rumit.
Potong bahagian yang merah >
potong yang merah lalu selang seli yang putih
Belum siap lagi, proses mengulung pula.. Yang ni kena hati hati dan rapat betul.. Kalau terbuka nanti kerepek bawang jadi maggi dan hancur.. Teknik dia letak gam supaya melekat hehe, air je gam dia, spray air sebelum proses nak mengulung, biar basah dan ratakan selepas itu gulung dengan hati hati dan cermat.
Proses mengulung kerepek bawang >
Proses mengulung kerepek bawang
Dah siap gulung senang hati, boleh berehat sekejap sebab selepas ini nak memotong gulungan tadi nipis nipis selepas itu boleh la goreng dan jadilah kerepek bawang.
Thank sudi baca entri kelima saya
Label: diari saya
2 Ulasan:
Wah..banyaknya bahan, target market seluruh Malaysia ke ni? Tahniah!
Buat seguni tepung je, kerepek bawang baru dapat 30 kg hasilnya.. tak sampai sehari pakaging habis.
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama