Menu
iklan banner

Selasa, 17 Julai 2018

Pergi pasar malam Sg Besar
Ahmad Munir

Pergi pasar malam Sg Besar

Salam semua,

Dah lama juga tak update blog ni,  lebih nak dekat seminggu terabai, hari ni saya berkesempatan pergi pasar malam Sg Besar, cari makan untuk makan malam.. Tapi takde yang spesial apa kat sini..  Makanan biasa biasa je.

Mula masuk pasar dah ada yang jual buah durian.. Nama je pasar malam,  pukul 8 peniaga dah mula nak gulung khemah.

Saja nak test kotak ni..  Macam best je.

Klik la
Continue reading →

Khamis, 12 Julai 2018

Saja nak test kotak resepi blog
Ahmad Munir

Saja nak test kotak resepi blog

Salam semua,

Gambal bawah ni makanan orang jawa dulu dulu, tiwul dari ubi kayu..




Resepi Makanan Jawa Tradisi

Bahan 
Jumlah
Sukatan
Penne pasta
8
oz
1
lb
Olive oil
1
tbsp
2
tbsp
Sliced zucchini
1/2
cup
1
cup
Cooked, shredded chicken
1/2
cup
1
cup
Garlic cloves
4
----
8
----
Tomatoes
1/2
cup
1
cup
Fresh basil
1
tbsp
2
tbsp
Parmesan cheese
3
tbsp
6
tbsp


Bahan diatas tidak benar.. cuma nak test.. macam best je kotak resepi ni. Thank sudi baca entri yang ke tiga puluh empat

Continue reading →

Rabu, 11 Julai 2018

Pagi hari cari buah durian
Ahmad Munir

Pagi hari cari buah durian

Salam semua,

Pagi pagi lagi dah tengok pokok durian, untung nasib ada buah durian yang gugur hari ni, buah kat atas pokok lebat lebat belaka..  Kebiasaan pagi macam ni mesti ada buah yang gugur.. Tapi takde la pulak, mesti ada yang lebih dulu dari kita ni. Takpe la dah takde rezeki nak buat macam mana. Pokok durian pula tepi jalan raya je, memang nasib yang lalu kalau nampak ambik.. Haishh.

Bawah Pokok Durian >

Permandangan Tepi Jalan >

Thank sudi baca entri yang tiga puluh tiga

Continue reading →

Selasa, 10 Julai 2018

Tengok rakan buat kuih loyang / ros
Ahmad Munir

Tengok rakan buat kuih loyang / ros

Salam semua,

Kenal kuih loyang tak, ada yang gelar kuih ros.. Kuih tradisi yang mengunakan acu loyang.. Ada yang gelar kuih goyang. Kuih dengan rasa manis dan rangup ni sedap tau, kalau nak order dengan kami untuk majlis kenduri boleh la info kat komen ni. Kuih loyang ni rakan sekerja yang buat, saya tengok je diorang mengoreng.

++ Goreng kuih loyang aka ros

Saya hari ni kerja mengoreng keropok roda perisa ayam.. Kanak kanak sukakan keropok roda ni. Rata rata memang suka keropok roda sebab ia berperisa sedikit.. Kalau kenduri ramai yang order keropok roda sebab ia ringan dan nampak banyak. Harga sekilo RM13 tapi boleh isi dalam banyak balang.. Kelemahan keropok roda ni sangat mudah lemau, jadi kena paatikan bekas yang kedap udara la yea.

Thank sudi baca diari saya yang ke tiga puluh dua ( 32 )
Continue reading →
Siapa suka makan petai kita geng
Ahmad Munir

Siapa suka makan petai kita geng

Salam semua,

Petai, siapa yang tidak kenal petai, sedap dibuat ulam atau dimasak.. Bila ada petai makan pun jadi selera, nasi di tambah sampai tiga pingan.. tambah lagi.. Cicah sambal belacan dengan petai.. Layan..  Buat sambal udang petai lagi la sedap..  Tumis petai ikan bilis bertambah la enaknya, apa yang berkaitan dengan petai kalau bab makan semuanya sedap.. Sampai dibuat jeruk petai lagi, makan dengan sambal tumis tempoyak.. Perghh lagi layan.. Jadi ada orang kata petai boleh buat ubat. Macam macam kegunaan petai ni.

Gambar petai yang sedap sangat >

++ Banyaknya petai - Gila petai

Ada orang suka petai muda, macam yang dalam gambar.. Ada yang suka makan petai dengan kulitnya sekali.. Ada juga yang suka makan petai yang sudah tua.. Isi petai sudah sampai berwarna kuning keemasan.. Orang yang suka makan petai ni mulutnya busuk.. Tapi hati baik, bukan busuk mulut kuat mengata orang yea.. Mulut berbau, kalau lepas makan petai pergi solat jemaah kat surau boleh jadi makruh sebab menganggu jemaah lain.

Tapi bab itu satu hal, bila nak buang air kecil,  ha yang ni parah..  Satu bilik air bau hancing petai.. Kuat bau petai ni sampai menusuk hidung kalbu.. Jadi yang suka makan petai tu..  Sedia la bilik air bau petai..  Petai tak kuat lagi..  Kalau kerdas dengan jering tua lagi power. Dapat petai banyak macam dalam gambar ni, nak masak dan buat apa korang?

Thank sudi baca entri saya yang ke tiga puluh ( 30 )
Continue reading →
1 tan makan durian sampai kenyang
Ahmad Munir

1 tan makan durian sampai kenyang

Salam Semua,

Lihat gambar lebih detail >

++ Satu tan durian disediakan

Durian lagi, siapa yang gila durian dan juga suka makan durian boleh datang kat sini,  dikhabarkan disediakan durian sebanyak satu tan..  Wow..  Betul ke ni?  Kalau betul la durian ada banyak itu,  masak semua boleh makan.. berbaloi bayar RM15.00 satu kepala.. Jangan jadi yang isu itu hari.. Dah bayar nak makan buah durian.. Tapi buah durian itu pula mentah, kecewa la para pecinta buah durian.

Nak pergi jauh la pulak..

= Detail dibawah =

Satu tan durian disediakan
Makan durian sampai kenyang
Gerai buah buahan juga ada
Cendol pulut dan lain-lain

Bayaran Masuk :
- Dewasa RM15.00
- Kanak Kanak RM10.00

Tarikh :
- 14 Julai 2018 Sabtu
Masa :
- 11 Pagi = 5 Petang
Tempat :
- Sk Kg Repoh, Baru Kurau Perak

Sila Hubungi :
- Hanif 012-8225277
- Azmi 019-5001703
- Syafaat 017-5598897

Thank sudi baca entri saya yang ke dua puluh sembilan ( 29 )
Continue reading →
Makan tengahari saya hari ni
Ahmad Munir

Makan tengahari saya hari ni

Salam semua,

Layan dulu makan nasi >

++ Nasi berlaukkan kari ayam dan bendi

Macam ni la makan tengahari saya kalau jaga gerai, makanan bungkus, nasi lauk kari ayam dengan sayur bendi, ditambah dengan sambal belacan.. tapi tukar tukar la bukan lauk yang sama.. Alhamdulillah syukur nikmat.. sedap sangat sampai lupa asal usul saya haha.. Dikirim lagi siap air teh o ais.. aishh berenti layan blog sekejap.. Tadi tengok blog diarimy ni.. Edit apa yang patut.. Nak bagi lebih clean dan kalau boleh seringkas yang mungkin. Lagi boleh nak ringan dan juga senang loading.. Fast loading kata orang putih.. Berat target  blog hanya 1.1kb je.. Widget yang berat nak buang.. Kalau boleh simple clean. Saya suka template blog ni.. Menarik.. Tapi belum tahap template amp. 

Template blog ni sangat sesuai dengan blog pribadi.. rasa dah taknak tukar dah template lain.. Yang ini je sesuai dengan jiwa hati nurani saya.

Thank sudi baca entri yang dua puluh lapan ( 28 )
Continue reading →

Isnin, 9 Julai 2018

Menjadi tanaman pakcik saya
Ahmad Munir

Menjadi tanaman pakcik saya

Salam semua,

Tengok pokok tanaman rasa tenang je hati, lebih lagi orang yang suka tanaman kat laman rumah, gambar kat sini pakcik saya yang tanam.. Bukan calang calang pokok buahan yang dia tanam, pokok tin dan bidara, bukan senang nak jaga jenis pokok macam ni.. Tapi pakcik saya rajin google tengok cara macam mana nak tanam, pembajaan dan jagaan dia kena rajin la, alhamdulillah dah berbuah dan dapat hasil, dah boleh makan pon.. Merasa la juga buahnya.

Pohon Buah Tin >
++ Sampai merekah kemerahan

Pohon buah bidara >

++ Dah macam epalkan

Buah bidara ni banyak khasiat dia, boleh makan begitu sahaja atau buat jeruk, dah macam rupa buah epalkan, tengok buah ni dah rasa geram.. rasa nak makan sekarang.

Thank sudi baca entri ke dua puluh tujuh ( 27 )
Continue reading →