Ahad, 8 Julai 2018

Restoran Sri Kassim dah cantik dah

Salam semua,

Pada malam ituhari lapar dan teringin sangat nak makan mee goreng mamak, yea la dah lama tak makan mee kan.. Kawasan Sg Besar ni banyak juga lokasi restoran mamak ni kalau nak tau.. Dah lama tak singgah Restoran Sri Kassim tu.. Sekali tengok dah berubah 100 peratus.. Ruang tertutup dan dalaman berhawa dingin.. Fuyoo ada aircond la.. Pasti geng merokok dah tak boleh masuk kat dalam, tapi disediakan juga meja dan kerusi kat luar bagi yang kaki merokok dan lepak.. Ok la kan.

Mee goreng mamak Sg Besar >

++ Rasailah mee goreng mamak

Tak berapa nak pedas, banyak kicap.. Bagi rasa skala 70/100 haha.. kalau nak pedas kena cakap mee goreng kasi pedas ha.. boleh la, siap bagi sos cili.

Teh ais dan suasana restoran >

++ Rasailah teh ais Sri Kassim

Sejuk dalam ni, sejak ada penghawa dingin ni, siap ada tv besar..  Dekorasi belum siap sepenuhnya.. meja kerusi semua baru, Akan datang nak tengok kalau dah siap nanti.

Luaran Restoran Sri Kassim >

++ Cantik pokok ni

Siap ada hiasan luaran, pokok apa ni?  Bonzai agaknya.. kerusi untuk hisap rokok pun ada, bagus la untuk keluarga makan kat sini, selesa.

Thank sudi baca entri ngarut yang ke dua puluh empat..  ( 24 )

Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama