Saya goreng kerepek bawang pula
Salam semua,
Sambungan entri diari saya pagi tadi nak membuat kerepek bawang, dah siap gulung dah.. Masa nak memotong dan mengoreng je ni. Tepung yang saya siap gulung tadi saya bahagikan 2 sebab susah nak potong sebab panjang sangat.. Dah potong 2 salut tepung gandum bagi jangan melekat kat mesin pemotong itu nanti, ini salah satu tips untuk senang memotong kerepek bawang.
Kerepek yang siap dipotong >
Tips nak goreng kerepek bawang pula memerlukan suhu yang sesuai, paling bagus antara 150f-160f kalau panas sangat geseng.. Tau tak geseng tu apa.. Rentung. Kalau kurang panas jadi lembik serta meresap minyak. Layan gambar mengoreng kerepek bawang.
Mengoreng kerepek bawang >
Tips nak tau kerepek itu dah masak ke belum, ia akan tengelam ke dasar kuali, itu tanda yang kerepek bawang tadi dah masak.. Dah masak cepat cepat angkat nanti kegesengan.. Hangus hehe.. Dah masak apa lagi.. Makan la kan.
Kerepek bawang siap goreng >
Thank sudi baca entri keenam saya
Label: diari saya
2 Ulasan:
Banyak production ni, bak mai sini sikit..sharing :D
haha boleh je, datang sini masa tengah goreng kerepek bawang, nanti boleh makan panas panas.
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama