Isnin, 9 Julai 2018

Pagi pergi pasar awam Sg Besar

Salam semua,

Suasana dalam pasar awam Sg besar >

++ Dalam Pasar Awam Sungai Besar

Pagi sebelum gerak nak pergi kerja, saya pergi pasar awam Sg Besar dulu belanja cari lauk.. Kat sini ikan dan sayur dia murah murah dan juga segar, suasana lapang sikit berbanding kalau hujung minggu dan juga musim cuti..  Kalau nak beli ikan dan sayur kat sini saya memilih hari waktu bekerja.. Takde la sesak sangat dan harga dia juga berpatutan. Nak belanja basah dan kering pun ada kat pasar awam Sg Besar ni.

Tempat nak cari sarapan pagi >

++ Kalau nak cari sarapan pagi kat sini

Nak cari sarapan pun ada, roti canai, kuih muih pelbagai jenis, nasi lemak, air minuman.. Saya beli ikan tongkol anak baru RM7 selonggok.. Beli ikan kembung RM10 sekilo, masa murah ia murah.. Bila time mahal? Pergi pasar kat sini pun seminggu dua kali je, makan berdua dan ada anak sorang masih kecik lagi.. Tak kuat makan sangat. Kedai makan terdekat kat sini Restoran Hati..  Dekat je depan pasar awam ni.

Dari sudut jalan nak ke pasar >

++ Suasana pagi lagi waktu ni

Kat kawasan pasar awam ni banyak betul kucing, mesti ramai yang buang kucing kat sini, agaknya kat pasar ni banyak ikan.. Jadi ramailah orang buang kucing kat sini.. Jadi siapa teringin nak kucing tu datang la kat sini tangkap sekor haha..

Entri melalut..  Thank sudi baca entri saya yang ke dua puluh enam ( 26 )

Label:

2 Ulasan:

Di 9 Julai 2018 pada 9:33 PTG, Blogger mrhanafi berkata...

menarik template blog...simple dan mimimal..

itu konsep yang tersangat saya suka..

eh ..

komen juga dah melalut ke laut

 
Di 9 Julai 2018 pada 11:19 PTG, Blogger Ahmad Munir berkata...

Memang sengaja cari template yang ringkas dan ringan.. Senang saya baca diari saya balik.. Jimatkan data internet hehe..

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama