Jumaat, 6 Julai 2018

Roti canai banjir meletop padu

Salam semua,

Tajuk ayat gempak.. Roti canai banjir meletup padu.. Korang suka makan roti canai tak, ni nak khabar tempat makan yang best area sini. Kategori roti canai banjir.. Gambar bawah ni saya sarapan pagi tadi kat pekan selasa dekat dengan Parit Changkat sebelum nak buka gerai saya isi perut dan sarapan dulu.. Hilang mod diet saya kalau selalu macam ni haha.. Bertambah la berat badan sat gi, macam mana nak kurus kalau melantak roti canai banjir double 2 keping.

Roti canai banjir terbaik >

Memang sedap khabakk hang

Kalau makan ni tak ingat dunia dah..  Dengan kuah dal dia,  campur sambal pedas lagi..  Pergg..  Layan, lagi satu bukan order roti canai sejuk..  Panas panas potong lepas tu siram kuah, itu yang buat kesedapannya terasa. Iklan roti canai hari ni.. Tak dapat bayaran pon dari tukang tebar roti canai hehe. Mod nak menulis pun entah ke mana.. Tulis diari pendek dan ringkas je.

Thank sudi baca entri ke lima belas saya

Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama