Salam semua,

Tengok pokok tanaman rasa tenang je hati, lebih lagi orang yang suka tanaman kat laman rumah, gambar kat sini pakcik saya yang tanam.. Bukan calang calang pokok buahan yang dia tanam, pokok tin dan bidara, bukan senang nak jaga jenis pokok macam ni.. Tapi pakcik saya rajin google tengok cara macam mana nak tanam, pembajaan dan jagaan dia kena rajin la, alhamdulillah dah berbuah dan dapat hasil, dah boleh makan pon.. Merasa la juga buahnya.

Pohon Buah Tin >
++ Sampai merekah kemerahan

Pohon buah bidara >

++ Dah macam epalkan

Buah bidara ni banyak khasiat dia, boleh makan begitu sahaja atau buat jeruk, dah macam rupa buah epalkan, tengok buah ni dah rasa geram.. rasa nak makan sekarang.

Thank sudi baca entri ke dua puluh tujuh ( 27 )