Khamis, 26 Julai 2018

Beli telur ayam kat Tf Sungai Besar

Salam semua,


Rutin cari bahan mentah, antaranya telur adalah bahan penting nak buat kuih bahulu, kuih loyang, rempeyek, kuih Kapit Dan hari hari pekerja membuatnya.  Jadi bahan mentah seperti telur memang wajib ada. Selalu juga perhatikan harga telur yang tak menentu sekarang ni, sekejap naik lepas itu turun.  Ni dapat harga RM9.20 sepapan, ok la boleh la  meniaga untung sikit.

Thanks sudi baca entri ke empat puluh dua ( 42 )

Label:

Rabu, 25 Julai 2018

Hari ni orang belanja roti canai

Salam semua,


Pagi ni nak Carita, macam biasa nak masuk kerja saya sarapan la kat restoran kecik Pekan Selasa, biasa saya duduk jauh jauh dan asing.. Kali ini join la group orang kampung, bagi salam makan roti canai sekali kat situ.  Dah kenyang saya nak Bayar,  kata tokey tu dah bayar..  Ada orang yang duduk semeja dengan saya dia bayarkan.  Alhamdullah rezeki saya hari ni.

Thank sudi baca entri ke empat puluh satu ( 41 )

Label:

Isnin, 23 Julai 2018

Sedapnya bubur durian ni

Salam semua,

Saya masih teringat dan mulut ini dibasahi bubur durian yang enak, buat cicah dengan roti pon sedap, Ada yang makan dengan pulut.. Sekarang ni musim buah durian,  harga durian dah murah..  Boleh la buat bubur,  Ada yang suka buat bubur kacang hijau campur durian.. Memang layan lentok la nak makan ni.  Jom makan.

Bubur durian kesukaan ku >

Thank sudi baca entri ke empat puluh ( 40 )

Label:

Saja belajar buat poster maker

Salam semua,

Sudah tak ligat nak updated blog, saya sekarang layan buat banner di App Android..  Percubaan pertama,  boleh la tahan,  nanti nak upgrade bagi lagi cun dan menarik.

Contoh banner yang saya edit >


Thank sudi baca entri yang ke tiga puluh sembilan ( 39 )

Label:

Sabtu, 21 Julai 2018

Permulaan Hari Ada Nasi Lemak Sotong Kerang

Salam semua,

Sudah lama tak bersiaran, pagi Hari minggu ni hujan gerimis, sejuk dan apalagi cari sarapan nasi lemak special sotong campur kerang..  Harga dia cuma RM 3 Sahaja, murahkan. Kat mana nak dapat nasi lemak murah macam ni, hanya di Peket 60 sahaja. Jom makanī˜

++ Nasi lemak kerang sotong

Thank sudi baca entri saya yang ke tiga puluh lapan ( 38 )

Label:

Jumaat, 20 Julai 2018

Nak cari semangat blog yang hilang

Salam semua,

Sudah lama tak menulis di blog ini, orang kata nak istiqamah ni payah, macam kisah saya la ni.. tanam pokok sayur kat depan rumah, time semangat.. hari hari duk belek sayur tanaman, sekarang dah terkulai layu huhu.. macam blog ni kalau ditingalkan tak seteruk tanaman atau sayuran kan, tak perlu dibaja atau disiram.

Tapi nak menulis dan buat entri terbaik perlu mod yang baik

++ belanja gambar lotong

Boleh la chat yea

Thank sudi baca entri saya yang ke tiga puluh tujuh ( 37 )

Label:

Selasa, 17 Julai 2018

Pergi pasar malam Sg Besar

Salam semua,

Dah lama juga tak update blog ni,  lebih nak dekat seminggu terabai, hari ni saya berkesempatan pergi pasar malam Sg Besar, cari makan untuk makan malam.. Tapi takde yang spesial apa kat sini..  Makanan biasa biasa je.


Mula masuk pasar dah ada yang jual buah durian.. Nama je pasar malam,  pukul 8 peniaga dah mula nak gulung khemah.

Saja nak test kotak ni..  Macam best je.

Klik la :


thank sudi baca entri ke tiga puluh enam saya ( 36 )

Label:

Khamis, 12 Julai 2018

Kuih loyang yang siap pakaging

Salam semua,

Kalau korang nak kuih loyang untuk jualan boleh tempah dengan kami, kuih loyang sudah siap di pek macam ni harga jualan 3 peket RM10 je, kalau harga borong boleh bagi lagi diskaun.

Gambar Kuih Loyang Kami >

++ kuih loyang untuk jualan

Thank sudi baca entri yang ke tiga puluh lima


Label:

Saja nak test kotak resepi blog

Salam semua,

Gambal bawah ni makanan orang jawa dulu dulu, tiwul dari ubi kayu..




Resepi Makanan Jawa Tradisi

Bahan 
Jumlah
Sukatan
Penne pasta
8
oz
1
lb
Olive oil
1
tbsp
2
tbsp
Sliced zucchini
1/2
cup
1
cup
Cooked, shredded chicken
1/2
cup
1
cup
Garlic cloves
4
----
8
----
Tomatoes
1/2
cup
1
cup
Fresh basil
1
tbsp
2
tbsp
Parmesan cheese
3
tbsp
6
tbsp


Bahan diatas tidak benar.. cuma nak test.. macam best je kotak resepi ni. Thank sudi baca entri yang ke tiga puluh empat

Label:

Rabu, 11 Julai 2018

Pagi hari cari buah durian

Salam semua,

Pagi pagi lagi dah tengok pokok durian, untung nasib ada buah durian yang gugur hari ni, buah kat atas pokok lebat lebat belaka..  Kebiasaan pagi macam ni mesti ada buah yang gugur.. Tapi takde la pulak, mesti ada yang lebih dulu dari kita ni. Takpe la dah takde rezeki nak buat macam mana. Pokok durian pula tepi jalan raya je, memang nasib yang lalu kalau nampak ambik.. Haishh.

Bawah Pokok Durian >

Permandangan Tepi Jalan >

Thank sudi baca entri yang tiga puluh tiga

Label:

Selasa, 10 Julai 2018

Tengok rakan buat kuih loyang / ros

Salam semua,

Kenal kuih loyang tak, ada yang gelar kuih ros.. Kuih tradisi yang mengunakan acu loyang.. Ada yang gelar kuih goyang. Kuih dengan rasa manis dan rangup ni sedap tau, kalau nak order dengan kami untuk majlis kenduri boleh la info kat komen ni. Kuih loyang ni rakan sekerja yang buat, saya tengok je diorang mengoreng.

++ Goreng kuih loyang aka ros

Saya hari ni kerja mengoreng keropok roda perisa ayam.. Kanak kanak sukakan keropok roda ni. Rata rata memang suka keropok roda sebab ia berperisa sedikit.. Kalau kenduri ramai yang order keropok roda sebab ia ringan dan nampak banyak. Harga sekilo RM13 tapi boleh isi dalam banyak balang.. Kelemahan keropok roda ni sangat mudah lemau, jadi kena paatikan bekas yang kedap udara la yea.

Thank sudi baca diari saya yang ke tiga puluh dua ( 32 )

Label:

Pesta buah buahan di felda 2018

Salam semua,

Durian lagi, tak habis lagi pesta buah dan kali ini anjuran felda, tapi bayaran masuk boleh dikatakan mahal la pula RM40.

Lihat butiran lanjut >
++ Pesta buah buahan 2018

Entri yang ke tiga puluh satu ( 31 )

Label:

Siapa suka makan petai kita geng

Salam semua,

Petai, siapa yang tidak kenal petai, sedap dibuat ulam atau dimasak.. Bila ada petai makan pun jadi selera, nasi di tambah sampai tiga pingan.. tambah lagi.. Cicah sambal belacan dengan petai.. Layan..  Buat sambal udang petai lagi la sedap..  Tumis petai ikan bilis bertambah la enaknya, apa yang berkaitan dengan petai kalau bab makan semuanya sedap.. Sampai dibuat jeruk petai lagi, makan dengan sambal tumis tempoyak.. Perghh lagi layan.. Jadi ada orang kata petai boleh buat ubat. Macam macam kegunaan petai ni.

Gambar petai yang sedap sangat >

++ Banyaknya petai - Gila petai

Ada orang suka petai muda, macam yang dalam gambar.. Ada yang suka makan petai dengan kulitnya sekali.. Ada juga yang suka makan petai yang sudah tua.. Isi petai sudah sampai berwarna kuning keemasan.. Orang yang suka makan petai ni mulutnya busuk.. Tapi hati baik, bukan busuk mulut kuat mengata orang yea.. Mulut berbau, kalau lepas makan petai pergi solat jemaah kat surau boleh jadi makruh sebab menganggu jemaah lain.

Tapi bab itu satu hal, bila nak buang air kecil,  ha yang ni parah..  Satu bilik air bau hancing petai.. Kuat bau petai ni sampai menusuk hidung kalbu.. Jadi yang suka makan petai tu..  Sedia la bilik air bau petai..  Petai tak kuat lagi..  Kalau kerdas dengan jering tua lagi power. Dapat petai banyak macam dalam gambar ni, nak masak dan buat apa korang?

Thank sudi baca entri saya yang ke tiga puluh ( 30 )

Label:

1 tan makan durian sampai kenyang

Salam Semua,

Lihat gambar lebih detail >

++ Satu tan durian disediakan

Durian lagi, siapa yang gila durian dan juga suka makan durian boleh datang kat sini,  dikhabarkan disediakan durian sebanyak satu tan..  Wow..  Betul ke ni?  Kalau betul la durian ada banyak itu,  masak semua boleh makan.. berbaloi bayar RM15.00 satu kepala.. Jangan jadi yang isu itu hari.. Dah bayar nak makan buah durian.. Tapi buah durian itu pula mentah, kecewa la para pecinta buah durian.

Nak pergi jauh la pulak..

= Detail dibawah =

Satu tan durian disediakan
Makan durian sampai kenyang
Gerai buah buahan juga ada
Cendol pulut dan lain-lain

Bayaran Masuk :
- Dewasa RM15.00
- Kanak Kanak RM10.00

Tarikh :
- 14 Julai 2018 Sabtu
Masa :
- 11 Pagi = 5 Petang
Tempat :
- Sk Kg Repoh, Baru Kurau Perak

Sila Hubungi :
- Hanif 012-8225277
- Azmi 019-5001703
- Syafaat 017-5598897

Thank sudi baca entri saya yang ke dua puluh sembilan ( 29 )

Label:

Makan tengahari saya hari ni

Salam semua,

Layan dulu makan nasi >

++ Nasi berlaukkan kari ayam dan bendi

Macam ni la makan tengahari saya kalau jaga gerai, makanan bungkus, nasi lauk kari ayam dengan sayur bendi, ditambah dengan sambal belacan.. tapi tukar tukar la bukan lauk yang sama.. Alhamdulillah syukur nikmat.. sedap sangat sampai lupa asal usul saya haha.. Dikirim lagi siap air teh o ais.. aishh berenti layan blog sekejap.. Tadi tengok blog diarimy ni.. Edit apa yang patut.. Nak bagi lebih clean dan kalau boleh seringkas yang mungkin. Lagi boleh nak ringan dan juga senang loading.. Fast loading kata orang putih.. Berat target  blog hanya 1.1kb je.. Widget yang berat nak buang.. Kalau boleh simple clean. Saya suka template blog ni.. Menarik.. Tapi belum tahap template amp. 

Template blog ni sangat sesuai dengan blog pribadi.. rasa dah taknak tukar dah template lain.. Yang ini je sesuai dengan jiwa hati nurani saya.

Thank sudi baca entri yang dua puluh lapan ( 28 )

Label:

Isnin, 9 Julai 2018

Menjadi tanaman pakcik saya

Salam semua,

Tengok pokok tanaman rasa tenang je hati, lebih lagi orang yang suka tanaman kat laman rumah, gambar kat sini pakcik saya yang tanam.. Bukan calang calang pokok buahan yang dia tanam, pokok tin dan bidara, bukan senang nak jaga jenis pokok macam ni.. Tapi pakcik saya rajin google tengok cara macam mana nak tanam, pembajaan dan jagaan dia kena rajin la, alhamdulillah dah berbuah dan dapat hasil, dah boleh makan pon.. Merasa la juga buahnya.

Pohon Buah Tin >
++ Sampai merekah kemerahan

Pohon buah bidara >

++ Dah macam epalkan

Buah bidara ni banyak khasiat dia, boleh makan begitu sahaja atau buat jeruk, dah macam rupa buah epalkan, tengok buah ni dah rasa geram.. rasa nak makan sekarang.

Thank sudi baca entri ke dua puluh tujuh ( 27 )

Label:

Pagi pergi pasar awam Sg Besar

Salam semua,

Suasana dalam pasar awam Sg besar >

++ Dalam Pasar Awam Sungai Besar

Pagi sebelum gerak nak pergi kerja, saya pergi pasar awam Sg Besar dulu belanja cari lauk.. Kat sini ikan dan sayur dia murah murah dan juga segar, suasana lapang sikit berbanding kalau hujung minggu dan juga musim cuti..  Kalau nak beli ikan dan sayur kat sini saya memilih hari waktu bekerja.. Takde la sesak sangat dan harga dia juga berpatutan. Nak belanja basah dan kering pun ada kat pasar awam Sg Besar ni.

Tempat nak cari sarapan pagi >

++ Kalau nak cari sarapan pagi kat sini

Nak cari sarapan pun ada, roti canai, kuih muih pelbagai jenis, nasi lemak, air minuman.. Saya beli ikan tongkol anak baru RM7 selonggok.. Beli ikan kembung RM10 sekilo, masa murah ia murah.. Bila time mahal? Pergi pasar kat sini pun seminggu dua kali je, makan berdua dan ada anak sorang masih kecik lagi.. Tak kuat makan sangat. Kedai makan terdekat kat sini Restoran Hati..  Dekat je depan pasar awam ni.

Dari sudut jalan nak ke pasar >

++ Suasana pagi lagi waktu ni

Kat kawasan pasar awam ni banyak betul kucing, mesti ramai yang buang kucing kat sini, agaknya kat pasar ni banyak ikan.. Jadi ramailah orang buang kucing kat sini.. Jadi siapa teringin nak kucing tu datang la kat sini tangkap sekor haha..

Entri melalut..  Thank sudi baca entri saya yang ke dua puluh enam ( 26 )

Label:

Ahad, 8 Julai 2018

Cara mudah kirim duit ke Indonesia

Salam semua,

Cara mudah nak kirim duit ke Indonesia - Perkhidmatan itu diberi nama Remittance Via Bri melalui Bsn, ia buat satu kemudahan dan juga perkhidmatan kiriman duit serta deposit duit dari Malaysia ke bank Bri Indonesia secara mudah dengan cas perkhidmatan yang berpatutan. Jadi senang la nak kirim duit ke, beli barang atau online dari pihak sana.

Screen dari web BSN Malaysia >

++ Paparan dari web BSN Malaysia

Keistimewaan mengunakan BSN Remittance

- Online real time - duit yang dikirim terus masuk ke akaun tanpa perlu menunggu sampai 2 atau 3 hari.

- Selamat dan dijamin serta diterima terus ke akaun BRI Indonesia secara terus.

- Mudah dan cepat - Cawangan BSN di lebih 369 cawangan terus ke cawangan BRI di lebih 6000 cawangan di Indonesia.

Tapi perkhidmatan kirim duit mesti ada cas,  cas dia kalau ikut laman BSN ialah :

- RM2500 kebawah dikenakan cas sebanyak RM10.

- RM2500 hinga RM20,000 dikenakan cas sebanyak RM15. Ok la tu.

Thank sudi baca entri saya yang ke dua puluh lima ( 25 )

Label:

Restoran Sri Kassim dah cantik dah

Salam semua,

Pada malam ituhari lapar dan teringin sangat nak makan mee goreng mamak, yea la dah lama tak makan mee kan.. Kawasan Sg Besar ni banyak juga lokasi restoran mamak ni kalau nak tau.. Dah lama tak singgah Restoran Sri Kassim tu.. Sekali tengok dah berubah 100 peratus.. Ruang tertutup dan dalaman berhawa dingin.. Fuyoo ada aircond la.. Pasti geng merokok dah tak boleh masuk kat dalam, tapi disediakan juga meja dan kerusi kat luar bagi yang kaki merokok dan lepak.. Ok la kan.

Mee goreng mamak Sg Besar >

++ Rasailah mee goreng mamak

Tak berapa nak pedas, banyak kicap.. Bagi rasa skala 70/100 haha.. kalau nak pedas kena cakap mee goreng kasi pedas ha.. boleh la, siap bagi sos cili.

Teh ais dan suasana restoran >

++ Rasailah teh ais Sri Kassim

Sejuk dalam ni, sejak ada penghawa dingin ni, siap ada tv besar..  Dekorasi belum siap sepenuhnya.. meja kerusi semua baru, Akan datang nak tengok kalau dah siap nanti.

Luaran Restoran Sri Kassim >

++ Cantik pokok ni

Siap ada hiasan luaran, pokok apa ni?  Bonzai agaknya.. kerusi untuk hisap rokok pun ada, bagus la untuk keluarga makan kat sini, selesa.

Thank sudi baca entri ngarut yang ke dua puluh empat..  ( 24 )

Label:

Jamuan raya rumah makcik buat barbequ

Salam semua,

Hari ini makcik buat majlis rumah terbuka hari raya, semua sanak saudara datang.. Kita bakar bakar malam ni, kambing, ayam, campur ikan sungai yang dapat dikail di Perak ituhari. Petang dah mula start membakar.. perapan dah dimulai dari tengahari, layan gambar atas bara api diatas grill.


Baru mula memanggang

kuih muih disediakan.. cara berlauk pun ada

Api dah mula merebak

Kemeriahan bakar ramai ramai malam ni

Lagi gambar barbequ

Kena kawal api nanti takut hanggus

Ni gambar petang tadi

Bakar bang jangan tak bakar

Suasana di perkarangan rumah

Itulah sedikit gambaran suasana rumah terbuka makcik saya.. buat kecik kecik je, jemput rakan sekerja dengan kawan dan saudara.. thank sudi baca entri yang ke dua puluh tiga

Label:

Sabtu, 7 Julai 2018

Selamat pagi hujung minggu syawal

Salam semua,

Sarapan dulu sebelum update blog >

nasi goreng isteri saya masak

Selamat pagi semua, dah sarapan ke belum.. Saya sarapan pagi ni nasi goreng bersama ikan, isteri yang masak dan bekalkan..sedap sangat, Sayang isteri saya, hari ni dah hujung minggu bulan syawal.. Dikesempatan ini ingin memohon maaf pada semua yang mengenali diri ini, dan juga yang tidak dikenali termasuk para blogger semua.

Dah sarapan pakagging kerepek >

Pakagging kerepek untuk hari ni

Hari ni saya pakagging kerepek untuk hari ahad.. Tak banyak pun. Yang saya baru pakagging seperti keropok kon perisa bbq, kerepek keledek unggu, kerepek ubi masin ori, kerepek sukun, kerepek pisang abu.. Cukuplah untuk jualan hujung minggu. Sedap sedap semua kerepek ni,  saya dah rasa. Itu je mod saya menulis hari ni, entahlah idea menulis kena sorok dimana?

Thank sudi baca entri saya yang ke dua puluh dua

Label:

Iklan bahasa cina la pulak

Salam semua,

Siapa blogger kat sini yang pasang iklan di blog, tentu ramaikan.. Tapi kali ni saya tengok iklan di google bahasa cina.. Yang peliknya kenapa perlu berbahasa cina sedangkan target blog saya berbahasa melayu.. Adakah pengunjung blog saya kebanyakan berbangsa cina? Saya tidak rasis cuma pelik je.. Yang ditakuti ialah kefahaman kita tentang iklan itu.. Seruan apa? Iklan tentang apa?  Promosi apa? Produk apa? Kebanyakan entri saya berbahasa melayu.

Iklan berbahasa cina >

siapa boleh tolong translate

Boleh je setting di dashbord untuk menidakkan iklan ni keluar.. Pasang iklan pon secara automatik kan, kena cari balik iklan yang kita ingin sekat tadi tu. Risau la iklan yang kita tidak faham ni.. Kalau kita faham bahasa yang digunakan ia tidak la jadi masaalah bagi saya.

Thank sudi baca entri ke dua puluh satu

Label:

Bahaya betul gerabak ni

Salam semua,

Gerabak angkut tarik guna tractor tapi yang jadi masalah angkutanya.. Dah la batang sabit terjulur je kat belakang, kejadian di Parit Changkat jalan dalam. Mungkin nak pergi kebun tanam pokok kelapa sawit gamaknya. Balik kerja ternampak dan saya bawa motor dari belakang pelan pelan.. tak perasan kot saya ambil gambar gerabak dia senyap senyap.

Amat bahaya pada penguna lain

Entri saya yang kedua puluh.. harap istiqamah

Label:

Burger ayam paling sedap di Sg Besar

Salam semua,

Dalam gambar ni yang saya makan ialah burger ayam biasa, order seketul murah je RM3 tapi rasa dia +1 tau.. Sedap dan ohsem.. Kat mana nak dapat burger sedap tapi murah area Sg Besar ni. Banyak tempat jual burger kat sini, tapi yang terbaik ialah di Lazat Station. Kalau nak ke lokasi ini senang je. Kalau dari simpang empat sebelum petronas tu belok kiri kalau selepas ke kanan dan terus je.. Pandang belah kiri nanti jumpa.

Burger ayam yang menyelerakan >

Burger ayam mabeles makyuus

Tengok gambar dah selera, sos dia sedap.. Tak macam sos yang biasa..  Kebanyakan kedai burger letak sos cili dan mayones, tapi burger yang ini guna sos lada hitam @ blackpapper.. Dan sos seperti cheese @ mayones cheese dapat rasa dia lain macam tu. Lepas ni nak order burger daging pula..  Nak tau rasa dia macam mana..  Tentu sedap.

Thank sudi baca entri simple ringkas saya yang ke sembilan belas

Label:

Jual mentarang segar tepi jalan area sekinchan

Salam semua,

Jual mentarang segar tepi jalan besar boleh tahan juga larisnya, apa itu mentarang?  Sejenis hidupan laut yang bercengkerang dan habitatnya dalam lumpur. Korang ingat senang cari mentarang ni..  Saya pernah sekali cari mentarang di Pantai Remis Jeram Selangor dengan kawan karib. Nak cari dia kena tunggu air surut.. Jalan perlahan merangkak kat selut, mentarang ni ada lubuk dia, kalau yang dah pro tu tau la keadaan lubuk mentarang macam mana. Nak seluk lubang lumpur punya la dalam dan juga kena pakai sarung tangan sebab ia tajam. Nak tarik mentarang pun satu hal juga.. Kuat sangat pegang pecah,  kena slow slow tarik. Lagi satu ia berbucu yang tajam kat atas,  tu yang kena hati hati.

Gerai jual mentarang segar >

Orang singgah beli mentarang

Kalau korang datang kesini dari area Sg Besar ke Sekinchan banyak kedai gerai makanan yang menjual mentarang bakar,  yang segar pon ada juga.. Tapi mengikut musim, kadangkala mentarang ni banyak dan ada masa sukar untuk dicari dan ia mengikut keadaan air laut. Kalau nak ternak rasanya tak ada lagi yang boleh menternak mentarang ni. Kalau korang berminat nak rasa keenakan mentarang datang la sini yea.

Nak masak apa dengan mentarang? 
- Rebus cengitu campur serai pon sodap
- Goreng tumis pon enak
- Masak tomyam pon layan
- Dibakar pon lazat


Ikut selera masing masing la yea.. Harga terkini yang saya tanya tadi RM18 sekilo,  boleh tahan juga harganya.. Tak sanggup bayar hang gagau dan korek sendiri la yea kat lumpur..  Hang sanggup?

Thank sudi baca cerita saya yang ke lapan belas..  18 entri bulan 18sx tau

Label:

Jumaat, 6 Julai 2018

Air tebu asli segar punya

Salam semua,

Air tebu asli segar punya >

Air tebu segar 500ml

Dah lama pakcik tu tak hantar air tebu asli kat gerai, sabtu hari ni baru dia hantar air tebu dalam botol 500ml dan harga dia jual pun amat berpatutan cuma RM3.50 je, tapi air tebu pakcik ni kaw punya tau.. ia tiada campuran ais atau air macam kat pasar malam tu.. Pioor orang kata bakk hang.. Memang terasa keaslianya. Gerenti air tebu asli segar punya.. Nak tambah ais pon boleh juga..  Tapi yang ini dah disejuk bekukan dah.

Kalau nak datang la kat gerai wa belanja sebotol dua hehe.. Tapi dengan syarat follow google + saya.. Senang je syarat dia.

Thank sudi baca entri pendek saya yang ke tujuh belas wow..

Label:

Kuih cara berlauk tersedap sekali

Salam semua,

Kuih cara berlauk tersedap sekali>

memang sedap kuih cara berlauk ni

Alhamdulillah salam hujung syawal dan hari sabtu hujung minggu, hari ni saya jaga gerai, lihat jalan raya pun banyak kereta.. Mungkin ada yang masih nak beraya agaknya, ada juga yang balik kampung bercuti sambil beraya kerumah saudara yang berbaki yang belum lagi dikunjungi. Pagi ni layan makan kuih ni.

Korang suka makan kuih cara berlauk tak? Kuih ni sedap. Kuih yang berinti daging ayam, sambal, cili dan daun sup.. Ikut kreativiti masing-masing. Kalau letak daging lembu lagi la sedap. Kuih ni guna acu kalau nak buat.. Kalau nak buat kuih cara berlauk ni search je kat internet banyak resepi. Kalau saya lebih suka cekodok je.. Paling sedap cekodok ikan lumi.. Dah lama tak makan dan buat. Lain kali kalau ada masa saya nak buat la.

Thank sudi baca entri ringkas saya yang ke enam belas

Label:

Roti canai banjir meletop padu

Salam semua,

Tajuk ayat gempak.. Roti canai banjir meletup padu.. Korang suka makan roti canai tak, ni nak khabar tempat makan yang best area sini. Kategori roti canai banjir.. Gambar bawah ni saya sarapan pagi tadi kat pekan selasa dekat dengan Parit Changkat sebelum nak buka gerai saya isi perut dan sarapan dulu.. Hilang mod diet saya kalau selalu macam ni haha.. Bertambah la berat badan sat gi, macam mana nak kurus kalau melantak roti canai banjir double 2 keping.

Roti canai banjir terbaik >

Memang sedap khabakk hang

Kalau makan ni tak ingat dunia dah..  Dengan kuah dal dia,  campur sambal pedas lagi..  Pergg..  Layan, lagi satu bukan order roti canai sejuk..  Panas panas potong lepas tu siram kuah, itu yang buat kesedapannya terasa. Iklan roti canai hari ni.. Tak dapat bayaran pon dari tukang tebar roti canai hehe. Mod nak menulis pun entah ke mana.. Tulis diari pendek dan ringkas je.

Thank sudi baca entri ke lima belas saya

Label:

Khamis, 5 Julai 2018

Baraan raya kampung Peket 60 - 2018

Salam semua, 

Tidak terlambat saya ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin pada semua yang mengenali diri ini. Saya kongsikan video yang dihasilkan dan diedit oleh sepupu saya fadzulullah. Video dengan tajuk baraan raya Peket 60 tahun 2018 dengan suasana kemeriahan dan sambutan hari raya di kampung halaman, budaya kunjung mengunjung seluruh penduduk kampung kali ini berjalan dengan lancar. Terima kasih diucapkan.

Saksikan video baraan peket 60 - 2018 >


Video baraan raya ni yang keempat dihasilkan sejak 2015 dan ini video baraan yang terbaru bagi tahun 2018, Saya je yang tak dapat nak join.

Thank sudi baca entri saya yang keempat belas.

Label:

Hari ni saya mula buat bahulu pula

Salam semua,

Hari ni nak buat kuih bahulu pula, bahan nak buat bahulu ni ringkas je,  telur ayam, gula pasir, asen vanilla, perisa oren, tepung gandum. Hari ni kena ajar orang baru buat bahulu.. Itulah kena sediakan bahan bahan dan kena faham cara nak buat bahulu dengan betul.

Bahan penting buat bahulu >

Bahan wajib untuk buat bahulu

Cari pekakas yang entah hilang kat mana, dah lama cuti buat bahulu.. Oven pun buat masalah je, suhu tak berapa nak stabil, jadi ada bahulu yang hangus. Tak apa baru nak mula nanti mesti cantik dan ok punya, sesiapa nak buat tempahan bahulu boleh la contact saya yea.

Proses membakar bahulu >

Bahulu yang sedang dibakar

Thank sudi baca entri ketigabelas saya

Label:

Rabu, 4 Julai 2018

Ikan mabuk apa lagi sauk la

Salam semua,

Gambar ikan yang berjaya disauk >

ikan yang berjaya ditangkap

Di whatsapp group family share mereka tengah sauk atau tangguk ikan yang mabuk, Pernah dengar ikan mabuk? Ikan akan pening dan timbul ke atas permukaan air disebabkan kocakan. Kebiasaan adalah akibat kerja di bendang dan sawah selain dari itu kapal korek yang membesarkan parit parit. Cerita masa saya kecik dulu berkubang kat parit ramai ramai sampai ikan semua lari haha.

Sauk ikan kat jambatan usang >

Jambatan usang yang teguh berdiri

Masa ni la terbaik kalau nak tangkap ikan, guna sauk, jala nak menggagau pakai tangan pon boleh juga, jangan nak mancing ikan masa ni.. Gerenti ikan taknak makan umpan punya sebab dah pening.. Selepas pening ikan mesti lapar kan hmm. Banyak la juga diorang sauk ikan ni..  Lepas la lauk untuk hari ni..  Buat ikan pekasam pon sodap.

Kapal korek ni punya angkara >


Thank sudi baca entri keduabelas saya

Label: